Tun M Nasihatkan PM Najib Jangan Buat Pilihanraya Lagi... Nampak Sangat Tun M Mahu PM Najib Ranap Terus... Isyarat Awal Tun M

PUTRAJAYA, 12 Sept — Tun Dr Mahathir Mohamed menasihatkan Datuk Seri Najib Razak agar melewatkan pilihan raya umum ke-13 dan merasakan bahawa Perdana Menteri sewajarnya menggunakan masa yang ada untuk meneliti calon-calon terbaik yang akan mewakili Barisan Nasional (BN).

Dr Mahathir menjawab soalan Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Zaini Hassan ketika temu bual RTM di sini.

Bekas perdana menteri ditanya mengenai komen-komen mendakwa ketua-ketua bahagian parti komponen BN sedang bertelingkah satu sama lain untuk menjadi calon pilihan raya.

The Malaysian Insider ada membawa laporan sebelum ini bahawa kepimpinan Umno berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan sokongan ketua-ketua bahagian di sesetengah negeri khususnya berkaitan dengan soal calon.

“Saya merasakan bahawa jika ia diadakan lewat sedikit, OK. Perlu ada masa bagi Najib untuk membuat penilaian siapa yang harus dipilih sebagai calon,” kata Dr Mahathir (gambar)dalam temu bual yang dirakamkan hari ini.

Katanya, pendekatan “calon boleh menang” kemungkinan boleh mencetuskan masalah bagi perikatan itu kerana ia boleh menyebabkan lebih banyak perpecahan antara pemimpin-pemimpin parti yang hendak bertanding.

“Menjadi amalan biasa bagi seseorang yang tidak dipilih sebagai calon untuk bertindak membuktikan bahawa calon yang dipilih adalah tidak layak,” katanya lagi.

“Masalah ini sukar untuk diatasi. Ia masih menjadi satu masalah,” katanya lagi.

Kata Dr Mahathir, Najib sebagai pengerusi BN seharusnya menjelaskan kepada parti-parti komponen bahawa sokongan tidak bersyarat kepada calon-calon yang dipilih adalah penting meskipun mereka secara peribadi tidak menyokong calon yang dipilih.

“Najib seharusnya bertindak untuk menjelaskan mengenai calon-calon berpotensi... jika mereka tidak memberi sokongan kepada calon yang dipilih, mereka juga akan berhadapan dengan masalah,” kata Dr Mahathir.

Pentadbiran Najib berhadapan dengan tahun yang sukar selain terpaksa berhadapan dengan kecaman berhubung cara pihaknya menangani perhimpunan Bersih 2.0 Julai lalu.

Pilihan raya umum ke-13 dijangka akan diadakan dalam waktu terdekat ini.

Mandat semasa kerajaan pusat hanya akan berakhir April 2013.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.