(Gambar) Siapa Penganjur Majlis Hari Jadi Hajjah Erma Fatima Yang Diselitkan Dengan Tarian 'paper dolls' Yang Lucah Terlampau Turut Dihadiri VVIP?...


SALAH satu persembahan pada majlis kejutan meraikan hari lahir Erma Fatima yang mencetuskan kontroversi.


PENGARAH Erma Fatima memberitahu, dia tidak menduga majlis yang diadakan secara mengejut bagi meraikan hari lahirnya baru-baru ini, akan mencetuskan kontroversi.

Kata Erma, majlis tersebut diadakan secara tertutup sebagai satu kejutan buat dirinya.

"Jangan dipersalahkan tetamu yang hadir di majlis itu dan janganlah menyalahkan individu yang menganjurkan majlis tersebut.

"Saya tidak menyangka perkara ini (majlis hari lahirnya) akan jadi sampai macam tu sekali.

"Saya faham penganjur yang menganjurkan majlis itu bukannya mahu memalukan saya atau sesiapa pun.

"Saya tidak pandang persembahan oleh paper dolls itu sebagai sesuatu yang menjijikkan. Saya tidak pandang hina dengan persembahan itu.

"Biarlah apa orang nak kata. Kalau di pandangan mata orang lain itu sesuatu yang salah, salahkan saya. Jangan salahkan tetamu atau penganjur atau persembahan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Hits ketika menghubunginya yang berada di Mekah atas urusan penggambaran drama.

Erma berkata, dia mohon agar jangan membabitkan nama orang lain kerana dia terima segala kekhilafan majlis tersebut.

Erma juga memberitahu, dia tidak mempunyai apa-apa motif apabila sebuah majlis seumpama itu dianjurkan untuknya.

Sebaliknya, dia memahami majlis itu adalah sebuah kejutan untuknya.

Justeru, dia sendiri tidak tahu apakah persembahan yang dikhaskan untuk meraikannya tetapi memahami niat orang yang menganjurkan majlis tersebut.

"Penganjur yang menganjurkan majlis itu ialah sahabat saya dan saya berkawan dengan semua orang tanpa mengira pangkat atau kedudukan.

"Tetamu kenamaan yang hadir, hanya duduk untuk lima minit sahaja. Jadi, jangan kaitkan dengan nama tetamu.

"Beginilah, saya tidak melihat majlis itu sebagai satu benda yang menjatuhkan imej saya yang bertudung.

"Saya tahu, bukan niat penganjur untuk memalukan saya. Apabila saya menyaksikan persembahan itu, tak kan saya nak tinggalkan majlis serta merta? Kalau saya berbuat demikian, saya tidak menghormati sahabat yang menganjurkan majlis untuk saya," tegas Erma.

Video Rakaman Tsunami Ke-2 Melanda Jepun Hari Ini



Berita gempa bumi hari ini sekali lagi menggemparkan Jepun, kesan kemusnahan yang mengerikan dari gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac lalu telah meragut ribuan nyawa ditakuti berulang.

Klip video ini dirakam dari atas bangunan di Kesennuma, kira-kira 300 batu di sebelah utara-timur Tokyo, rakaman menunjukkan gelombang air mengalir melanda tebing pantai di sepanjang Kesennuma Bay ketika penggera tsunami berbunyi.

Ombak air yang laju itu dengan cepat menyapu segalanya - termasuk kereta, kapal dan bangunan.

TERKINI: Ketika penggera amaran masih berbunyi di atas kota, arus air terus menghambat di sekitar Kesennuma Bay dan memasuki jalan raya.

Hilang sekelip mata: Dalam masa beberapa minit tempat letak kereta di dalam gambar sebelum ini telah ditenggelami air yang mengalir deras - menyebabkan penduduk tidak mempunyai cukup masa untuk bertindak.

Kekuatan arus air sangat sukar dipercayai. Lebih menakutkan adalah suara tsunami yang menghancurkan dan menyapu semua benda yang berada di laluannya.

Juru kamera amatur berjaya merakamkan arus air yang mengalir cepat. Penggera kecemasan berbunyi dengan diselangi rakaman suara memaklumkan amaran tsunami kepada penduduk Kesennuma.

Gelombang tsunami yang tidak dapat dikawal ini terus melanggar kabel elektrik dan lampu jalan dan kemudian melalui bangunan berbumbung hijau melanggar, sebuah bangunan bertingkat dan memuntahkan isinya ke dalam arus tsunami.

Kerajaan Jepun dan US Geological Survey mengumumkan bahawa berlaku gempa bumi berkekuatan 6.5 melanda pantai timur laut Jepun hari ini.

Ia juga berlaku di Wilayah Miyagi, di mana terletaknya Kesennuma dan bandar-bandar lain.

Badan Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran tsunami untuk pantai Pasifik wilayah Miyagi, tetapi kemudian amaran itu ditarik balik.

Kredit : DailyMail
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.